Datuk Panglima pergi membajak ke tanah rata senja pulangnya

Kalau Saloma orang yang bijak negara kita apa namanya

Ikanlah keli di dalam perahu oranglah buta tangkap buaya

Kalau Cik Ramlee ingin nak tahu negara kita nama Malaysia

Ramalah rama di pohon turi mati ditimpa si buah nangka

Kalau Saloma orang bistari bulan berapa Malaysia merdeka

Anak benggali di kebun nyonya petiklah gambus anak Melaka

Wahai Cik Ramlee ini jawabnya tiga puluh satu Ogos Merdeka

Ke pasar lama membeli serai singgah bertanya Datuk Menteri

Kalau Saloma orang yang pandai di mana letak Ibu Negeri

Anaklah bilal dari Mentakab pergi ke Johor buat kenduri

Cik Ramlee soal mudah dijawab Kuala Lumpur ibu negeri

~ Tamat Lirik Lagu Joget Malaysia - P. Ramlee & Saloma ~