Advertisement




Lirik Lagu Terimalah Kasih - Daly & Adeep

Lirik Lagu Terimalah Kasih - Daly & Adeep

Lima belas tahun
Aku rasa seperti sudah berkurun-kurun
Dari kota ke dusun
Bukit dan gurun

Kehidupan naik dan turun
Yang datang berduyun-duyun
Semuanya sudah tersusun

Aku hampir menjadi majnun
Kerana Laila aku asyik mengelamun

Disuruh hayun ku hayun
Disuruh lakon ku lakon
Disuruh bangun ku bangun
Disuruh himpun ku himpun

Setiap corak setuap tenun
Setiap langkah yang aku susun
Darahku turun-temurun
Sedikit pun tak rasa gerun








Aku sudah
Aku sudah
Aku sudah
Pun aku sudah

Ada rasa ada cinta
Dari dulu dan selamanya

Banyaklah padi perkara padi
Padi lalang buahnya bernas
Banyaklah budi perkara budi
Budi orang takkan terbalas

Kalau tidak kerana sudi
Tak akan saya datang kemari
Kalau tidak kerana budi
Takkan saya masih disini

Bagailah mana hendak ku lupa
Orang luar kau anggap saudara
Apa lagi yang hendak ku kata
Antara budi dan juga jasa

Bumi dipijak langit dijunjung
Aku berserah rugi dan untung
Datang ku untuk bersenandung
Anak jati

Masih teguh masih berdiri
Masih ada belum pergi
Masih di sini masih sendiri
Masih ku menanti

Andai suatu hari nanti
Aku terpaksa pergi
Cukuplah sampai di sini
Budi

Budimu ku sanjung tinggi
Tak dapat ditukar ganti
Akan ku bawa sampai ke mati

~ Tamat Lirik Lagu Terimalah Kasih - Daly & Adeep ~

Post a Comment

0 Comments

Labels